17 maut kren tumbang di India - Utusan Malaysia

17 maut kren tumbang di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian kren tumbang di tapak pembinaan lebuh raya.

Menurut Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NRDF), kren itu jatuh menghempap binaan konkrit sehingga menyebabkannya berkecai dan mengenai sejumlah pekerja di Lebuh raya Samruddhi di negeri Maharashtra.

Setakat ini, kesemua mayat mangsa terkorban seudah ditemukan, manakala tiga lagi cedera dan dibawa ke hospital.

Klip video NRDF menunjukkan pasukan penyelamat memeriksa lokasi kejadian.

Lebuh raya Samruddhi menghubungkan Mumbai dengan bandar Nagpur.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Nerendra Modi menzahirkan ucapan takziah mengenai insiden tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya