MNILA: Lima belas orang terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di wilayah ibu kota Filipina sebelum subuh hari ini, kata Biro Perlindungan Kebakaran kerajaan Filipina.
Menurut biro itu tiga lagi terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5:30 pagi waktu tempatan, yang dipadamkan oleh bomba hampir tiga jam kemudian.
Mangsa termasuk ahli isi rumah dan pekerja yang tinggal di rumah di Quezon City. – XINHUA