14 cedera ditikam lelaki alami masalah mental di Seoul - Utusan Malaysia

14 cedera ditikam lelaki alami masalah mental di Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang pemandu kereta merempuh orang ramai sebelum keluar menikam beberapa mangsa di pusat beli-belah menyebabkan 14 cedera dalam kejadian berhampiran ibu kota Seoul, semalam.

Serangan yang belum dikenal pasti motifnya di Seongnam itu berlaku beberapa hari selepas serangan tikaman yang jarang berlaku di Korea Selatan, mengorbankan seorang dan mencederakan tiga yang lain.

Menurut polis, penyerang dalam kejadian semalam ditahan selepas dilihat menyerang orang awam secara rawak.

Media melaporkan, suspek merupakan seorang lelaki berusia 20-an yang mengalami masalah kesihatan mental.

Serangan itu berlaku berhampiran stesen Seohyeon, kira-kira 20 kilometer dari Seoul.

Suspek didakwa merempuh sekumpulan orang yang berjalan di kaki lima dengan keretanya dan kemudian keluar dari kenderaannya dan memasuki sebuah pusat beli-belah.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan dia mengejar orang ramai.

Polis dan pegawai bomba memaklumkan, seramai 14 orang cedera dalam kejadian itu termasuk sembilan ditikam, bakinya akibat dilanggar dengan dua dalam keadaan kritikal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya