10 maut gerabak kereta api terbakar di India

10 maut gerabak kereta api terbakar di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah gerabak kereta api yang diparkir di depoh stesen terbakar ketika seorang penumpang cuba memasak air untuk membuat teh.

Gerabak yang terpisah daripada kereta api itu ditempatkan di depoh Stesen Kereta Api Madurai di Tamil Nadu, selatan India.

Jurucakap daerah di Madurai, Sali Thalapathi memaklumkan kebakaran itu tercetus sebelum subuh.

“Ia membabitkan satu gerabak tidak bergerak yang ditempah oleh pengendali pelancong swasta.

“Ada individu cuba memasak air untuk membuat teh sehingga menyebabkan kebakaran,” katanya.

Jelas Sali, tiga wanita antara 10 mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Sembilan lagi cedera tetapi tahap kecederaan mereka tidak serius,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini, pihaknya masih belum mengenal pasti mana-mana mayat mangsa.

Rakaman menunjukkan api besar marak dari tingkap gerabak kereta api, sementara beberapa penumpang berjaya menyelamatkan diri.

Beberapa laporan media tempatan mendakwa penumpang membawa masuk silinder gas secara haram ke dalam gerabak dan ia meletup selepas mereka cuba menggunakannya. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya