10 maut akibat banjir di Hebei, utara China

10 maut akibat banjir di Hebei, utara China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam beberapa kejadian banjir yang berlaku di sebuah bandar di wilayah Hebei, utara China.

Dilaporkan, banjir disebabkan hujan lebat berterusan melanda bahagian utara China.

Pihak berkuasa mengumumkan data sementara bagi Baoding yang terletak kira-kira 150 kilometer (km) dari Beijing.

Menurut pejabat Datuk Bandar, lebih 600,000 penduduk di bandar itu terpaksa dipindahkan dari kawasan yang dianggap berisiko tinggi untuk bencana.

China dilanda cuaca ekstrem sejak beberapa bulan kebelakangan ini, daripada gelombang haba yang memecahkan rekod sehingga hujan lebat yang mencetuskan banjir.

Terdahulu, kerajaan China memaklumkan bencana alam di negara itu menjejaskan hampir 16 juta penduduk dan mengakibatkan 147 kematian pada bulan lalu.

China menyaksikan taburan hujan tertinggi dalam tempoh 140 tahun selepas Taufan Doksuri melanda republik itu Jumaat lalu.

Menurut Kementerian Pengurusan Situasi Kecemasan China, sebanyak 142 kes kematian atau kehilangan mangsa yang direkodkan pada bulan lalu, disebabkan oleh banjir atau bencana geologi. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya