Wanita transgender dinobat Miss Netherlands   - Utusan Malaysia

Wanita transgender dinobat Miss Netherlands  

RIKKIE Valerie Kolle mencipta sejarah selepas memenangi gelaran Miss Netherlands. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Seorang wanita transgender dinobatkan sebagai Miss Netherlands buat pertama kali dalam sejarah pertandingan ratu cantik itu.

Rikkie Valerie Kolle kini bersedia untuk bertanding merebut gelaran Miss Universe.     

Lapor Daily Mail, peserta berusia 22 tahun itu mencipta sejarah selepas memenangi pertandingan ratu cantik Belanda pada Ahad lalu.

Rikkie yang memakai gaun berwarna merah menerima mahkota daripada pendahulunya Ona Moody dan Miss Universe, R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat (AS).

“Saya tidak pernah terfikir akan berjaya ke peringkat akhir ini,” katanya kepada saluran NBC.  

Dilaporkan, pertandingan Miss Universe 2023 akan diadakan di El Salvador pada akhir tahun ini.

Acara berprestij itu bakal menyaksikan peserta dari 24 negara bertanding merebut gelaran Miss Universe. 

Rikkie muncul sebagai peserta transgender kedua yang pernah bertanding dalam pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa itu.

Sebelum ini, peserta dari Sepanyol, Angela Ponce pernah bersaing untuk gelaran Miss Universe pada tahun 2018.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya