Wang Yi dilantik semula Menteri Luar China, ganti Qin Gang    - Utusan Malaysia

Wang Yi dilantik semula Menteri Luar China, ganti Qin Gang   

WANG Yi dilantik sebagai menteri luar baharu China menggantikan Qin Gang. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Menteri Luar China, Qin Gang yang sudah hampir sebulan tidak kelihatan di khalayak umum, dilaporkan digugurkan daripada jawatannya.

Memetik laporan The Guardian, badan perundangan tinggi China memaklumkan jawatan tersebut kini diambil alih oleh penyandangnya, Wang Yi yang merupakan diplomat tertinggi republik itu.

Badan perundangan itu tidak menyatakan alasan penyingkiran Qin Gang, sebaliknya hanya mengumumkan pelantikan semula Wang Yi sebagai menteri luar baharu menggantikan pemimpin tersebut.

Keputusan pemecatan Qin Gang dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPCSC) yang diadakan dengan notis tempoh sehari.

Mesyuarat tergempar itu mencetuskan spekulasi bahawa mungkin ada jawapan kepada misteri kehilangan Qin Gang.

Bagaimanapun, setakat ini, pihak berkuasa China tidak mendedahkan keberadaan atau sebab kehilangan pemimpin berusia 57 tahun itu 

Qin Gang dikatakan `hilang’ selepas tidak kelihatan mahupun membuat kemunculan di khalayak umum sejak akhir Jun lalu.

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi kononnya pemimpin itu menjalin hubungan sulit dengan seorang pengacara televisyen yang terkenal.

Malah, khabar angin tersebar sebelum ini mendakwa Qin Gang mungkin mempunyai masalah atau perselisihan faham dengan kepimpinan republik itu selepas menyandang jawatan tersebut pada Disember tahun lalu.    

Penampilan terakhir Qin Gang di khalayak umum adalah ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sri Lanka pada 25 Jun lalu.

Sebelum ini, Kementerian Luar China menjelaskan puncanya disebabkan `masalah kesihatan’ apabila Qin Gang gagal hadir ke mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara berlangsung di Jakarta pada pertengahan bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya