Video wanita imamkan makmum lelaki hanya kandungan hiburan - Utusan Malaysia

Video wanita imamkan makmum lelaki hanya kandungan hiburan

TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang wanita mengimamkan solat dengan makmum lelaki dibelakangnya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah video memaparkan seorang wanita bertudung mengimamkan solat bersama sejumlah lelaki di belakangnya mengejutkan ramai warganet selepas tular di media sosial baru-baru ini. 

Dalam video tersebut, dapat dilihat  wanita berkenaan mengimamkan solat dengan pergerakan yang berbeza daripada yang diajarkan dalam Islam.

Namun selepas siasatan dijalankan, didapati video itu dirakam di salah sebuah pondok pesantren di Sumatera Utara dan diambil daripada filem pendek tentang ajaran sesat. 

Ketua Unit Perisikan Polis Langkat, Syarif Ginting mengesahkan, video tular itu sebenarnya disunting daripada kandungan penuh filem berkenaan yang disiarkan di saluran Youtube Pendepokan Sendang Sejagat. 

Dalam pada itu, Ketua Sendang Sejagat Padepokan, Karyo yang menguruskan saluran Youtube badan berkenaan berkata, kekecohan timbul selepas ada pihak yang menyebarkan suntingan sebahagian klip filem pendek tersebut hingga mencetus kekeliruan dalam kalangan warganet.

“Dari awal lagi, saluran kami dibuat semata-mata untuk hibura, dan tidak berniat menyinggung atau menghina agama serta tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” kata Karyo. 

Jelas Karyo, video  filem pendek bertajuk ‘Pesantren sesat dapat menghapus dosa’ itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik masyarakat agar tidak mudah terjerumus dan terpengaruh dengan ajaran Islam yang sesat.

Filem pendek itu mengisahkan tentang Pondok Pesantren Al-Khafiyah yang mengenakan bayaran 50 juta rupiah (RM15,533)untuk membantu menghapuskan dosa pengikutnya namun menggunakan sihir serta ajaran sesat dan jauh menyimpang dari ajaran agama Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya