Upacara pengebumian Coco Lee pada 31 Julai dan 1 Ogos ini

Upacara pengebumian Coco Lee pada 31 Julai dan 1 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Upacara pengembumian penyanyi terkenal, Coco Lee yang meninggal dunia akibat bunuh diri, akan diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos ini.

Menerusi satu catatan dalam media sosial, kakaknya, Nancy Lee memaklumkan pengebumian itu akan diadakan di North Point, Hong Kong.

Nancy turut memuat naik sebuah video montaj memaparkan Coco Lee bertemu dengan para peminatnya di seluruh dunia.

“Kepada mereka yang ingin menghadiri, sila ambil perhatian upacara pengebumian Coco akan diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos di Hong Kong Funeral Home.

“Upacara berhimpun memperingati mendiang akan diadakan antara 6 petang hingga 10 malam pada 31 Julai ini,” katanya.

Penyanyi Amerika Syarikat (AS) kelahiran Hong Kong itu meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Dilaporkan, Coco Lee yang mengalami masalah kemurungan, meninggal dunia selepas tiga hari berada dalam keadaan koma.

Sebelum ini, Nancy dalam satu catatan berkata, Coco bertarung dengan masalah kemurungan selama beberapa tahun tetapi keadaannya merosot secara drastik sejak beberapa bulan lalu.

“Walaupun Coco mendapatkan bantuan profesional dan melakukan yang terbaik untuk melawan kemurungan, malangnya dia tidak berjaya.

“Pada 2 Julai, dia cuba membunuh diri di rumah dan dihantar ke hospital. Walaupun pasukan perubatan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan, Coco meninggal dunia pada 5 Julai 2023,” tulis Nancy.

Berita kematian diva pop itu mengejutkan banyak pihak termasuk selebriti di seluruh dunia.

Malah, laman media sosial mendiang turut dibanjiri dengan ucapan takziah daripada rakan artis, kenalan dan para peminat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya