NEW DELHI: Polis India pada Isnin melancarkan siasatan susulan maklumat mengenai kemunculan objek mencurigakan yang terbang (UFO) di ruang udara di kediaman Perdana Menteri Narendra Modi di New Delhi, lapor Xinhua.
Objek yang mencurigakan itu tidak dapat dikenal pasti atau mungkin juga dron.
Bagaimanapun, pegawai tidak menemukan apa-apa yang mencurigakan setakat ini, menurut kenyataan polis.
Menurut laporan media tempatan, objek mencurigakan itu dilihat melintasi ruang udara kediaman perdana menteri di Lok Kalyan Marg kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan dan polis melancarkan operasi untuk menjejakinya selepas mendapat maklumat daripada pegawai Kumpulan Perlindungan Khas.
Kediaman rasmi perdana menteri India itu berada di bawah zon larangan terbang.