Ubat donanemab perlahankan penyakit Alzheimer 60 peratus

Ubat donanemab perlahankan penyakit Alzheimer 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Industri perubatan moden mencatatkan satu lagi kejayaan menerusi ubatan baharu yang didapati berupaya memperlahankan fasa penyakit Alzheimer sehingga 60 peratus sekiranya diambil oleh pesakit di peringkat awal.

Ubatan yang diberi nama donanemab itu boleh memperlahankan kemerosotan memori dan fikiran sebanyak satu per tiga, namun jumlah itu boleh menjadi dua kali ganda kepada 60 peratus jika diambil oleh pesakit yang berada pada tahap awal atau sederhana.

Kejayaan ubatan itu didedahkan dalam Persidangan Persatuan Alzheimer Antarabangsa di Amsterdam, kelmarin.

Analisis penuh yang didedahkan oleh syarikat farmaseutikal Eli Lilly itu menunjukkan ubatan itu kurang berkesan terhadap pesakit yang lebih berusia, yang berada di peringkat akhir atau mereka yang mempunyai tahap protein tinggi.

“Penemuan itu secara tidak langsung menunjukkan pengesanan dan diagnosis awal boleh mengubah trajektori penyakit Alzheimer,” kata jurucakap Eli Lilly, Anne White.

Ubatan itu diberikan secara suntikan intravena bagi menghasilkan protein yang dipanggil beta amyloid dari otak pesakit Alzheimer.

Kesan rawatan donanemab terus meningkat berbanding plasebo sepanjang tempoh percubaan selama 18 bulan.

Dalam pada itu, Eli Lilly menjangkakan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) akan memberi kata putus mengenai penggunaan donanemab pada akhir tahun ini.

Lebih 55 juta orang di seluruh dunia terjejas akibat penyakit nyanyuk dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 139 juta orang menjelang 2050.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya