Tujuh maut akibat ribut, kebakaran hutan di Itali  - Utusan Malaysia

Tujuh maut akibat ribut, kebakaran hutan di Itali 

GAMBAR menunjukkan kebakaran hutan yang marak di Messina, Sicily. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam tempoh 24 jam apabila  dua kejadian cuaca ekstrem melanda bahagian selatan dan utara Itali.

Tiga orang maut dalam kebakaran hutan di Sicily manakala empat lagi terbunuh dalam ribut ganas yang membadai utara Itali ketika ratusan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Lapor The Guardian, kebakaran hutan menyebabkan lapangan terbang Palermo di Sicily terpaksa ditutup sementara waktu selepas suhu di bandar itu meningkat kepada 47 darjah Celsius.

Seorang wanita warga emas berusia 88 tahun meninggal dunia di San Martino delle Scale selepas gangguan disebabkan kebakaran menghalang pasukan perkhidmatan kecemasan sampai pada masa di lokasi berkenaan.

Mayat dua penduduk yang berusia sekitar 75 dan 77 tahun ditemukan di dalam sebuah rumah hampir musnah dalam kebakaran hutan di Cinisi, berhampiran lapangan terbang.

Pihak berkuasa terpaksa menutup sebahagian lebuh raya kerana lebih 55 kes kebakaran hutan dilaporkan berlaku di pulau tersebut.

Ratusan anggota bomba dari wilayah lain di Itali dikerahkan untuk membantu memadamkan kebakaran hutan tersebut.     

Lebih 120 keluarga berjaya dipindah keluar dari kediaman masing-masing di Mondello, Capo Gallo dan Poggio Ridente sejak Isnin lalu ketika kawasan itu diselubungi kepulan asap tebal akibat kebakaran hutan sehingga menyebabkan keadaan udara tidak sihat.

Lebih 200 orang di Palermo mendapatkan rawatan perubatan kerana terhidu asap.

Sementara itu, ribut kuat di Lombardy meragut sekurang-kurangnya empat nyawa termasuk seorang gadis berusia 16 tahun yang maut semasa aktiviti perkhemahan di Cedelogo apabila sebatang pokok tumbang dan menimpa khemahnya.

Seorang wanita berusia 58 tahun meninggal dunia akibat dihempap pokok di Monza, manakala sepasang suami isteri maut selepas pemandu hilang kawalan kereta disebabkan jalan licin di Varese.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya