Tiga benua dunia dilanda cuaca tidak menentu - Utusan Malaysia

Tiga benua dunia dilanda cuaca tidak menentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Cuaca panas yang melanda Hemisfera Selatan ketika ini diramal menjadi semakin buruk dalam tempoh terdekat, selain menyebabkan kebakaran hutan di beberapa kawasan terus merebak.

Sebahagian kawasan di Eropah, Asia dan Amerika Utara berdepan cuaca panas terburuk dalam sejarah, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kesihatan masyarakat dan memaksa mereka untuk berpindah.

Eropah mungkin boleh merekodkan suhu paling panas minggu ini apabila kepulauan Sicily dan Sardinia di Itali mencatat suhu setinggi 48 darjah Celsius.

Di Jepun, pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai strok haba kepada penduduk apabila suhu tinggi terus dicatatkan di 47 wilayah.

Stesen penyiaran kebangsaan, NHK melaporkan suhu panas di Tokyo dan beberapa tempat lain sudah pun mencecah 40 darjah Celsius.

Bandar Kumagaya pernah merekodkan suhu setinggi 41 darjah Celsius pada 208, sekali gus menjadi suhu paling tinggi pernah dicatatkan.

Dalam pada itu di AS, Death Valley di California merekodkan suhu panas setinggi 52 darjah Celsius, selain berlaku kebakaran hutan di California Selatan.

Di Eropah, penduduk Itali diberi amaran supaya bersedia dengan apa jua situasi yang mungkin berlaku.

Selain itu, kawasan tumpuan pelancong termasuk Acropolis di Athens juga sudah ditutup selama tiga hari susulan cuaca panas.

Ketika tempat lain dilanda suhu panas, di Korea Selatan pula, sekurang-kurangnya 37 orang maut akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir besar.

Situasi sama berlaku di Jepun apabila seorang lelaki ditemukan maut dalam kereta yang tenggelam akibat banjir.

Di India, hujan monsun meragut 90 nyawa di seluruh negara setakat ini, manakala di China, cuaca semakin panas dengan suhu setinggi 45 darjah Celcius direkodkan di beberapa kawasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya