Taufan Talim bakal badai China malam ini - Utusan Malaysia

Taufan Talim bakal badai China malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China meramalkan ribut tropika Talim bakal melanda selatan China malam ini, menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan, selain penduduk diminta untuk kekal di rumah.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga mengarahkan kapal supaya berpatah balik daripada melalui kawasan perairan negara itu.

Pentadbiran Meteorologi China yang mengeluarkan amaran jingga untuk Talim iaitu kedua tertinggi, hari ini, berkata kekuatan ribut itu dijangka meningkat kepada taufan pada masa ia mendarat di sepanjang pantai selatan dari Guangdong ke Hainan.

Menurut pihak berkuasa, Talim taufan keempat tahun ini tetapi yang pertama mendarat di China.

Berdasarkan makkumat pusat meteorologi, Talim yang terletak 375 kilometer (km) di tenggara bandar Zhanjiang di wilayah Guangdong kini bergerak pada kelajuan 20km sejam.

Pusat meteorologi turut meramalkan angin ribut di laut berhampiran wilayah selatan dan hujan lebat luar biasa dari 250 hingga 280 milimeter (mm) di pantai barat daya Guangxi dan utara Pulau Hainan.

Pihak berkuasa di Hainan meminta kapal di perairan berhampiran kembali ke pelabuhan dan perkhidmatan feri di antara Hainan dan Guangdong ditangguhkan awal Ahad.

Media tempatan melaporkan Lapangan Terbang Zhuhai Jinwan di Guangdong pula membatalkan 43 penerbangan masuk dan 36 keluar pada Isnin, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan di ibu kota Hainan Haikou dan Lapangan Terbang Qionghai Boao membatalkan semua penerbangan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya