Taufan Doksuri bawa angin kencang, hujan lebat badai China - Utusan Malaysia

Taufan Doksuri bawa angin kencang, hujan lebat badai China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Taufan Doksuri membadai timur China awal hari ini, membawa angin kencang dan hujan lebat di kawasan pesisir pantai.

Angin kencang sekuat 175 kilometer sejam melanda pesisir pantai wilayah Fujian pada pukul 10 pagi waktu tempatan.

Taufan itu menyebabkan pihak berkuasa menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi dengan semua penduduk dinasihatkan menjauhi kawasan pantai.

Beberapa imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan angin kencang melanda blok penempatan di daerah Jinjiang.

Siaran langsung oleh stesen penyiaran CCTV pula menunjukkan wartawan meredah jalan yang dinaiki air, selain sejumlah pokok tumbang.

Semua penduduk dinasihatkan supaya kekal di rumah dan tidak digalakkan keluar melainkan terdapat urusan kecemasan.

Taufan itu diramal akan bergerak ke arah barat laut China sebelum menjadi semakin lemah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya