Tahu bakal meninggal, bapa sedia 60 kad hari jadi 'masa depan' untuk anak

Tahu bakal meninggal, bapa sedia 60 kad hari jadi ‘masa depan’ untuk anak

SOPIA (kiri) dan Rose memegang kad hari lahir yang ditulis Keenan ketika sambutan hari jadi keempat mereka.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bagaikan kisah filem, pasangan kembar dari Lindfield terharu menerima mesej menyentuh hati daripada mendiang bapa mereka yang sempat meninggalkan kad ucapan hari lahir kepada dua anaknya itu untuk 30 tahun akan datang.

Menurut Daily Mail, Nick Keenan menulis kad hari jadi ‘masa depan’ untuk anak perempuannya Rose dan Sophia, ketika mereka baru berusia 17 bulan.

NICK KEENAN

Isterinya, Victoria berkata, Keenan meninggal dunia pada usia 34 tahun akibat tumor otak tiga tahun lalu tetapi mahu kedua-dua anaknya menerima mesej hari jadi daripadanya setiap tahun seakan plot dalam filem P.S. I Love You! lakonan Hilary Swank.

Baru-baru ini, pasangan kembar itu teruja membuka kad ucapan daripada Keenan sempena sambutan hari jadi keempat mereka.

Dalam kad berkenaan, Keenan memberitahu Rose dan Sophia yang mereka akan memulakan sekolah tidak lama lagi dan menasihatkan anak perempuannya itu untuk menjadi lebih berani dan sentiasa menjaga antara satu sama lain.

“Dia sentiasa menenangkan kami walaupun ketika saat-saat akhir hidupnya dan sempat menyediakan 60 keping kad hari jadi kepada dua anak perempuan kami, Rose dan Sophia untuk 30 tahun pertama kehidupan mereka.

“Dia sentiasa mahu bersama mereka dan mengirimkan semangatnya semasa mereka meraikan hari lahir tanpa kehadirannya,” kata Victoria.

Selepas kematian Keenan pada November 2020, Victoria kini menyertai kempen pasukan Brain Tumor Research untuk menarik 100,000 tandatangan berhubung petisyen memohon kerajaan menaikan dana penyelidikan tentang penyakit tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya