Sweden luluskan lagi bakar al-Quran: Iraq usir Duta Sweden

Sweden luluskan lagi bakar al-Quran: Iraq usir Duta Sweden

PENYOKONG Syiah Iraq berhimpun di luar Kedutaan Sweden di Baghdad selepas pihak berkuasa negara itu membenarkan sekali lagi al-Quran dibakar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Ketegangan antara Iraq dan Sweden terus memuncak apabila Baghdad mengusir Duta besar Sweden ke negara itu sebagai protes terhadap rancangan membakar kitab suci al-Quran di Stockholm.

Sweden yang dilaporkan sekali lagi membenarkan kitab suci itu dibakar sebagai tanda kebebasan bersuara turut menyebabkan ratusan penunjuk perasaan menyerbu dan membakar pejabat Kedutaan Sweden di Baghdad.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Baghdad turut memanggil pulang perwakilannya di Sweden, selain kerajaan Iraq mengarahkan syarikat telekomunikasi dari Sweden, Ericsson menghentikan operasi mereka di negara itu.

Terdahulu, kumpulan anti-Islam, termasuk seorang pendatang Iraq yang menetap di Sweden membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm pada Jun lalu dan mereka sekali lagi mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengulangi perbuatan itu.

Pendatang itu, Salwan Momika memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa Sweden untuk membakar bendera Iraq dan al-Quran di luar Kedutaan Iraq, kelmarin.

Dalam protes yang dilakukan, penunjuk perasaan termasuk Momika menendang dan merosakkan sebahagian daripada al-Quran, namun mereka tidak membakarnya sebelum meninggalkan lokasi satu jam kemudian.

Dalam pada itu, Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom berkata, semua pegawai dan petugas di kedutaan negara itu selamat.

Dalam perkembangan sama, Baghdad mengingatkan kerajaan Sweden bahawa sebarang tindakan membakar al-Quran di Sweden bakal menyaksikan terputusnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Beberapa negara Islam lain turut mengutuk insiden yang berlaku termasuk Iran, Lubnan dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Washington pula mengutuk tindakan protes di Kedutaan Sweden di Iraq yang disifatkannya sebagai berbahaya dan pandangan sama juga dilontarkan Kesatuan Eropah (EU) yang mendesak kerajaan Iraq supaya tidak mengulangi perbuatan itu pada masa depan. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya