Surat berisi 'jari manusia' dihantar ke Istana Elysee di Paris - Utusan Malaysia

Surat berisi ‘jari manusia’ dihantar ke Istana Elysee di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sepucuk surat mengandungi ‘jari manusia’ yang sudah putus dihantar ke Istana Elysee di Paris sebelum sambutan Hari Bastille, hari kebangsaan Perancis, lapor Sputnik memetik media Perancis.

Perkhidmatan Istana Elysee menerima surat itu antara 9 dan 10 Julai lalu, lapor majalah Valeurs Actuelles memetik sumber.

Menurut majalah itu, jari berkenaan kini ‘disimpan di dalam peti sejuk tempat polis menyimpan makanan’ dan motif kejadian masih belum dapat dipastikan.

Pemilik jari berkenaan sudah pun ditemukan dan lelaki itu kini dijaga oleh ‘pihak yang berkaitan’, lapor media.

Istana Elysee belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya