Speaker, Ahli Parlimen Singapura dari parti pemerintah letak jawatan - Utusan Malaysia

Speaker, Ahli Parlimen Singapura dari parti pemerintah letak jawatan

LEE HSIEN LOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura dan seorang lagi Ahli Parlimen kanan, parti kerajaan masing-masing melepaskan jawatan mereka, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan pejabat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, membabitkan peletakan jawatan Speaker, Tan Chuan-Jin dan Ahli Parlimen, Cheng Li Hui.

Kedua-dua pemimpin itu adalah daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Menurut laporan, peletakan jawatan Chuan-Jin dan Li Hui penting untuk mengekalkan standard kelayakan yang tinggi.

Republik itu sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang menteri Kabinet dan seorang hartawan ditahan berhubung satu daripada kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.

Kes pembongkaran membabitkan Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Ong Beng Seng itu bukan saja mengancam imej negara itu yang sebelum ini terkenal dengan imej bersih, malah turut menjejaskan parti pemerintah, PAP.

Singapura sentiasa tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, sejak ia bermula pada 1995.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya