Singapura bakal laksana hukuman mati terhadap wanita selepas 20 tahun   - Utusan Malaysia

Singapura bakal laksana hukuman mati terhadap wanita selepas 20 tahun  

KOMPLEKS Penjara Changi di Singapura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini dijangka melaksanakan hukuman mati terhadap seorang wanita warganegaranya atas kesalahan jenayah berkaitan dadah, pada minggu ini.

Hukuman bakal dilaksanakan itu adalah yang pertama kali dikenakan terhadap wanita dalam tempoh hampir 20 tahun. 

Lapor The Guardian, menurut pertubuhan Transformative Justice Collective (TJC), wanita dikenali sebagai Saridewi Djamani akan menjalani hukuman mati esok.  

Saridewi dijatuhi hukuman mati mandatori pada 2018 selepas didapati bersalah memiliki kira-kira 30 gram heroin untuk tujuan penyeludupan.

Sekiranya hukuman itu dilaksanakan, Saridewi akan menjadi wanita pertama di Singapura menjalani hukuman mati sejak 2004, selepas pendandan rambut Yen May Woen, 36, digantung atas kesalahan mengedar dadah.

Menurut TJC, seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun menjalani hukuman mati di penjara Changi, semalam.

Lelaki itu dijatuhi hukuman mati pada 2018 selepas didapati bersalah mengedar kira-kira 50 gram heroin.

TJC memaklumkan ahli keluarga dua banduan berkenaan sudah menerima notis pelaksanaan hukuman gantung itu.

Dilaporkan, Singapura antara negara memiliki undang-undang anti narkotik yang paling ketat di dunia.

Republik itu masih mengekalkan hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jenayah berkaitan dadah walaupun dikritik hebat masyarakat antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Kerajaan Singapura tetap bertegas hukuman mati merupakan langkah pencegahan berkesan untuk mengekang aktiviti pengedaran dadah.

Sekurang-kurangnya 13 orang dihukum mati sejak kerajaan melaksanakan semula hukuman gantung selepas dua tahun dihentikan disebabkan pandemik Covid-19. 

Sementara itu, seorang aktivis, Kirsten Han memaklumkan Saridewi merupakan seorang daripada dua wanita yang dijatuhkan hukuman mati di republik berkenaan.

“Pihak berkuasa mungkin tidak menyedari kebanyakan individu dijatuhkan hukuman mati berasal daripada komuniti terpinggir.

“Malah, individu berdepan hukuman tersebut adalah dianggap golongan terpinggir oleh sindiket dadah dan kerajaan.

“Ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan oleh rakyat Singapura,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya