Silo bijirin meletup, lapan maut di Brazil - Utusan Malaysia

Silo bijirin meletup, lapan maut di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALOTINA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut, seorang hilang dan puluhan lagi cedera dalam insiden silo bijirin meletup di sebuah koperasi pertanian di selatan Brazil, semalam.

Letupan berlaku di Koperasi C.Vale di bandar kecil Palotina, kira-kira 600 kilometer dari ibu negeri Curitiba.

Menurut pegawai bomba, anjing pengesan digunakan bagi membantu mencari pekerja yang hilang, dipercayai terperangkap di bawah timbunan bijirin.

Katanya lagi, puluhan individu sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Presiden kumpulan Koperasi Ladang Parana, Jose Ricken memberitahu kejadian itu adalah kes terpencil dan tiada insiden serupa berlaku di kawasan itu “dalam masa yang lama”.

Ricken enggan membuat spekulasi mengenai punca letupan, menangguhkan soalan kepada pihak berkuasa kerana siasatan masih diteruskan.

Pakar mengatakan zarah habuk bijirin sangat mudah terbakar dan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan di ruang terkurung seperti kemudahan penyimpanan bijirin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya