Serangan Russia rosakkan infrastruktur pelabuhan Odesa

Serangan Russia rosakkan infrastruktur pelabuhan Odesa

SEBAHAGIAN serpihan peluru berpandu Kalibr dilihat dalam bangunan yang rosak akibat serangan Russia di pelabuhan Odesa. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia melancarkan serangan peluru berpandu dan dron di wilayah selatan dan timur Ukraine sehingga menyebabkan kerosakan pada infrastruktur di pelabuhan Odesa.

Serangan terbaharu itu menyusuli tindakan Moscow membalas dendam ekoran insiden letupan di sebuah jambatan yang menghubungkan Russia dengan Semenanjung Crimea.

Moscow mendakwa tentera Ukraine menyerang jambatan tersebut yang digunakan untuk mengangkut bekalan ketenteraan ke Crimea.

Menurut tentera udara Ukraine, kesemua enam peluru berpandu Kalibr dan 31 daripada 36 dron yang dilancarkan oleh Russia, berjaya dimusnahkan.

Katanya, peluru berpandu dan dron berkenaan ditembak jatuh di wilayah Odesa dan Mykolaiv di selatan, manakala selebihnya dimusnahkan di kawasan timur Donetsk, Kharkiv dan Dnipropetrovsk.

Komando tentera operasi selatan Ukraine mengesahkan kesemua enam peluru berpandu Kalibr dilancarkan oleh Russia ditembak jatuh di Odesa.

“Sebanyak 21 dron Shahed buatan Iran ditembak jatuh di beberapa kawasan sekitarnya,” jelasnya.

Tambahnya, serpihan dron dan peluru berpandu yang ditembak jatuh menyebabkan kerosakan pada beberapa rumah dan infrastruktur pelabuhan di Odesa.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan namun seorang warga emas didapati mengalami kecederaan dan sudah dikejarkan ke hospital.

Odesa sering menjadi sasaran serangan sejak insiden pencerobohan besar-besaran Russia di Ukraine pada Februari tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya