Semua senjata kimia yang diisytihar sudah dilupuskan - OPCW

Semua senjata kimia yang diisytihar sudah dilupuskan – OPCW

OPCW mendakwa tentera Syria menggunakan senjata kimia dalam perang saudara yang masih berlaku di negara itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Badan pemantau senjata kimia dunia kelmarin mengumumkan semua bekalan senjata yang diisytiharkan sebelum ini sudah dimusnahkan selepas Amerika Syarikat (AS) mendedahkan semua senjata kimianya yang disimpan sejak berdekad lalu sudah dilupuskan.

Dalam sidang media di Depot Tentera Blue Grass di Kentucky, Presiden Joe Biden mengumumkan pihak berkuasa negara itu sudah memusnahkan semua stok senjata kimia yang disimpan sejak sekian lama, sekali gus ‘melengkapkan’ usaha global yang bermula sejak 1997 untuk menyekat penggunaan senjata itu.

“Melupuskan semua senjata kimia yang diisytiharkan sebelum ini adalah satu peristiwa penting kepada dunia,” kata Ketua Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Fernando Arias dalam kenyataan.

Agensi yang berpangkalan di The Hague itu menyatakan, pengumuman AS mengenai pemusnahan senjata kimianya secara tidak langsung melengkapkan pelupusan semua senjata kimia di seluruh dunia.

Namun, OPCW memberi amaran bahawa dunia masih belum boleh ‘duduk diam’ apabila masih ada pihak yang menggunakan senjata kimia.

Badan pemantau itu sudah bertahun-tahun mendakwa Syria melancarkan serangan senjata kimia dalam perang saudara yang berlaku di negara itu.

“Penggunaan senjata kimia yang dilaporkan masih berlaku dan ancaman penggunaannya menunjukkan langkah pencegahan berterusan perlu dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk OPCW,” ujar Arias. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya