Russia tembak jatuh tiga dron Ukraine

Russia tembak jatuh tiga dron Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tiga dron tentera Ukraine ditembak jatuh di ibu negara Russia dalam satu serangan yang berlaku pada awal pagi tadi.

Serangan itu turut merosakkan dua menara pejabat selain mengakibatkan sebuah lapangan terbang antarabangsa terpaksa ditutup sementara.

Kementerian Pertahanan Russia dalam kenyataan memaklumkan sebuah dron ditembak jatuh di pinggir bandar, manakala dua lagi dimusnahkan oleh senjata perang elektronik sehingga ia merempuh sebuah bangunan pejabat.

Bagaimanapun, jelas kementerian, setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.

Moscow dan kawasan sekitarnya yang terletak kira-kira 500 kilometer (km) dari sempadan Ukraine, jarang menjadi sasaran ketika konflik berlanjutan di Ukraine sehingga beberapa serangan dron berlaku tahun ini.

Insiden pagi tadi adalah yang terbaharu dalam siri serangan dron termasuk di Kremlin dan bandar Russia berhampiran sempadan dengan Ukraine.

Kementerian Pertahanan Russia menyifatkan kejadian terbaharu itu sebagai `cubaan serangan pengganas’.

“Pasukan tentera kami berjaya menggagalkan cubaan serangan rejim Ukraine dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) di bandar Moscow.

“Sebuah UAV dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara di daerah Odintsovo di Moscow.

“Malah, dua lagi dron dipintas oleh senjata perang elektronik sehingga ia hilang kawalan lalu terhempas di kawasan kompleks bangunan bukan kediaman Moscow-City,” jelasnya.

Moscow-City merupakan pembangunan komersial yang terletak di barat Moscow.

Sementara itu, agensi berita TASS melaporkan operasi di lapangan terbang Vnukovo terpaksa `ditutup untuk pelepasan dan ketibaan’ serta penerbangan pesawat dilencongkan ke lapangan terbang lain.

Bagaimanapun, operasi di lapangan terbang itu kembali normal selepas sejam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya