Rusia larang eskport beras, oat hingga 31 Disember 2023 - Utusan Malaysia

Rusia larang eskport beras, oat hingga 31 Disember 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kerajaan Rusia mengenakan larangan ke atas eksport beras dan oat sehingga 31 Disember 2023 bagi mengekalkan kestabilan pasaran domestik, lapor Sputnik.

“Kerajaan telah mengenakan larangan sementara ke atas eksport beras dan oat. Sekatan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2023.

“Keputusan itu dibuat untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran domestik,” menurut kenyataan kerajaan Rusia di Telegram pada Sabtu.

Bagaimanapun, larangan itu tidak menjejaskan negara anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia, Ossetia Selatan dan Abkhazia.

Menurut kerajaan Rusia, bekalan beras dan oat masih boleh dihantar ke luar negara untuk bantuan kemanusiaan, serta dalam rangka kerja pengangkutan transit antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya