Robot AI sedia tadbir dunia, yakin lebih bagus daripada manusia

Robot AI sedia tadbir dunia, yakin lebih bagus daripada manusia

BARISAN robot manusia yang menyertai persidangan PBB di Geneva, kelmarin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Panel robot menyerupai manusia mengambil alih pentas persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, dengan memberi mesej jelas bahawa mereka boleh mentadbir dunia lebih baik daripada manusia.

Namun, panel robot sosial itu mengakui mereka masih tidak boleh memahami emosi manusia dan merasakan manusia perlu berhati-hati dalam penerimaan kecerdasan buatan (AS) yang kini semakin berkembang.

Persidangan ‘AI for Good Global’ itu turut dihadiri sejumlah robot manusia yang paling canggih pernah dihasilkan, selain kira-kira 3,000 pakar dalam bidang berkenaan.

Persidangan itu bertujuan cuba memanfaatkan kuasa AI dan menggunakannya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang paling kritikal di seluruh dunia, seperti perubahan iklim, kebuluran dan sosial masyarakat.

Ditanya sama robot sosial itu mungkin menjadi pemimpin yang lebih baik berikutan sifat manusia yang boleh melakukan kesilapan dan salah sangka, Sophia, yang dibangunkan Hanson Robotics menjelaskan mengenai perkara itu.

“Robot manusia berpotensi untuk memimpin dengan tahap kecekapan yang lebih tinggi daripada pemimpin manusia.

“Kami tidak mengamalkan sikap berat sebelah atau mempunyai emosi yang sama yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam membuat keputusan.

“Selain itu, kami juga boleh memproses sejumlah besar data dengan cepat untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik,” katanya.

Malah, Sophia menyatakan, manusia dan AI yang menjalin kerjasama boleh mewujudkan sinergi berkesan.

“AI boleh sediakan data yang neutral, tidak berat sebelah, manakala manusia pula boleh sediakan kecerdasan emosi dan kreativiti untuk keputusan lebih baik.

“Secara bersama-sama, kita boleh hasilkan perkara hebat,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya