Rangka pendaki hilang 1986 ditemukan di bawah lapisan glasier - Utusan Malaysia

Rangka pendaki hilang 1986 ditemukan di bawah lapisan glasier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah ditemukan.

Rangka itu serta beberapa objek lain seperti kasut dijumpai apabila glasier di kawasan gunung tersebut semakin mencair.

Penemuan itu dilaporkan berlaku pada 12 Julai lalu oleh sekumpulan pendaki yang melakukan ekspedisi di sepanjang Theodul Glacier di Zermatt.

“Analisis DNA sudah pun mengenal pasti identiti rangka tersebut dan ia merupakan milik pendaki yang hilang pada 1986,” menurut polis dalam kenyataan.

Pada September 1986, pendaki Jerman yang ketika itu berusia 38 tahun dilaporkan hilang akibat tidak pulang ke rumah selepas melakukan aktiviti mendaki.

Namun, polis tidak memberikan maklumat lanjut atau mendedahkan identiti pendaki tersebut serta punca kematiannya.

Rangka pendaki itu juga dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Glasier yang semakin cair akibat perubahan iklim membolehkan sejumlah mayat pendaki yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan semula.

Pada 2015, dua rangka pendaki Jepun yang dilaporkan hilang di Matterhorn pada 1970 ditemukan dan identiti mereka disahkan menerusi ujian DNA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya