Korea Utara ancam tembak pesawat pengintip AS

Korea Utara ancam tembak pesawat pengintip AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengancam untuk menembak jatuh mana-mana pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh ruang udara negaranya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa AS kini sudah mula `meningkatkan aktiviti pengintipan tanpa kawalan’.

Katanya, perkara itu terbukti apabila pihaknya mendapati pesawat pengintip AS pernah melakukan penerbangan `provokatif’ selama lapan hari berturut-turut pada bulan ini.

Malah, jelasnya, sebuah pesawat peninjau AS juga dilaporkan `sudah beberapa kali’ menceroboh ruang udara negaranya di Laut Timur.

“Tiada jaminan insiden tembak jatuh pesawat peninjau tentera udara AS tidak akan berlaku di Laut Timur Korea,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Jurucakap kementerian itu turut memetik beberapa insiden Pyongyang yang pernah menembak jatuh pesawat AS sebelum ini.

Justeru, beliau memberi amaran AS akan menerima padah akibat tindakan melakukan pengintipan udara secara berperingkat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya