Prabowo kukuh kedudukan jadi calon presiden Indonesia

Prabowo kukuh kedudukan jadi calon presiden Indonesia

PRABOWO SUBIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto semakin mengukuhkan kedudukan untuk menjadi calon presiden dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Tinjauan pendapat orang ramai menunjukkan, terdapat sokongan kuat terhadap Prabowo dalam kalangan pengundi muda.

Tinjauan yang dilakukan Indikator menunjukkan, Prabowo mendahului hampir dalam kebanyakan peringkat pengundi dengan golongan muda paling tinggi menyokongnya.

Tinjauan yang dilakukan antara 20 dan 24 Jun lalu itu melibatkan 1,220 orang di seluruh negara dengan lebih 60 peratus responden berusia bawah 42 tahun.

Dianggarkan sebanyak 107 juta atau lebih separuh daripada pengundi yang mendaftar untuk pilihan raya umum pada Februari tahun depan adalah berusia di bawah 40 tahun.

Prabowo mendahului tiga calon presiden teratas dengan 36.8 peratus, diikuti rapat oleh Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dengan 35.7 peratus dan bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dengan 21.5 peratus.

Dalam saingan dua hala, Prabowo mendahului Ganjar dengan 49.5 peratus hingga 40.9 peratus.

Tinjauan pendapat itu adalah yang ketiga dijalankan sejak Mei lalu yang menunjukkan bekas jeneral itu masih mengekalkan kedudukan di hadapan.

Tinjauan terbaharu itu juga menunjukkan Prabowo mendapat sokongan kuat dalam kalangan generasi Z, Milenium dan ‘Baby Boomers’.

Prabowo juga dilaporkan mendapat sokongan daripada Jokowi untuk menjadi calon presiden 2024. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya