Polis tidak dapat pastikan bila Sinead O'Connor meninggal dunia

Polis tidak dapat pastikan bila Sinead O’Connor meninggal dunia

SINEAD O' CONNOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan Koroner yang menyiasat kes kematian Sinead O’Connor mengakui pihaknya tidak dapat menentukan secara tepat bila penyanyi kelahiran Ireland itu meninggal dunia.

Komen demikian dibuat ketika siasatan sedang dijalankan untuk mendapatkan laporan tepat mengenai apa yang berlaku sebelum Sinead meninggal dunia.

Lapor Daily Mail, mayat wanita berusia 56 tahun itu ditemukan di pangsapurinya di London selepas polis melakukan pemeriksaan kebajikan pada pagi Rabu lalu.

Polis Metropolitan London kini sedang meneliti semua aspek yang menyelubungi kes kematian penyanyi itu dan berusaha mewujudkan garis masa peristiwa sebelum insiden itu berlaku.

Jurucakap Mahkamah Koroner Selatan London memaklumkan kes kematian Sinead dirujuk kepada pihaknya dan pada masa ini, tarikh kematian tidak diketahui’.

Khamis lalu, polis Metropolitan London dalam satu kenyataan mengesahkan penemuan mayat penyanyi itu.

“Polis mendapat panggilan pada pukul 11.18 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu mengenai laporan seorang wanita yang tidak responsif di alamat kediaman di kawasan SE24.

“Pasukan kami tiba di lokasi itu dan mendapati wanita berusia 56 tahun itu sudah meninggal dunia.

“Waris terdekat sudah dimaklumkan dan kes kematian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan. Bagaimanapun, fail akan dihantar kepada pasukan Koroner,” jelasnya.

Sementara itu, Mahkamah Koroner Selatan London memaklumkan satu bedah siasat akan dijalankan dengan keputusan dijangka mengambil masa beberapa minggu.

Setakat ini, tiada punca perubatan diberikan dalam kes kematian penyanyi itu.

Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat mula menempa nama dalam carta muzik global pada era 90-an.

Beliau paling dikenali menerusi lagu ‘Nothing Compares 2 U’ yang ditulis oleh Prince dan dikeluarkan pada tahun 1990 berjaya menembusi carta utama dunia sekali gus dinobatkan sebagai single nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.

Sinead juga mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama yang memenangi video muzik terbaik di Anugerah Music Television Awards (MTV) pada tahun 1990 menerusi video muzik ‘Nothing Compares 2 U’.

Selain itu, Sinead juga terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak asasi manusia termasuk persembahan kontroversi di Saturday Night Live pada 1992 sebagai tanda protes terhadap penderaan seksual kanak-kanak di gereja Katolik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya