Poland pindah tentera ke timur, bimbang kehadiran pejuang Wagner - Utusan Malaysia

Poland pindah tentera ke timur, bimbang kehadiran pejuang Wagner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Poland mula memindahkan lebih 1,000 tentera ke timur negara itu ekoran kebimbangan kehadiran pejuang kumpulan Wagner di Belarus yang boleh meningkatkan ketegangan di kawasan sempadannya.

Keputusan Presiden Russia, Vladimir Putin menawarkan pejuang upahan kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin pilihan untuk berpindah ke Belarus sekali gus meningkatkan kebimbangan dalam kalangan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) timur mengenai ketidakstabilan lebih besar di rantau itu.

“Lebih 1,000 askar dan hampir 200 peralatan dari Briged Mekanikal ke-12 dan ke-17 mula digerakkan ke timur negara ini.

“Ini adalah demonstrasi persediaan kami untuk bertindak balas terhadap percubaan ketidakstabilan berhampiran sempadan negara kami,” tulis Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak di Twitter.

Ahad lalu, Poland dilaporkan akan menghantar kira-kira 500 anggota polis untuk meningkatkan keselamatan di sempadannya dengan Belarus.

Sejak beberapa minggu lalu bilangan pendatang di Poland menyaksikan peningkatan berikutan cubaan kumpulan itu menyeberangi sempadan Belarus.

Menurut Pengawal Sempadan, lebih 200 orang cuba menyeberang secara haram, Jumaat lalu termasuk warga Maghribi, India dan Ethiopia.

Poland mendakwa Belarus mencipta krisis migran di sempadan sejak 2021 dengan menerbangkan orang dari Asia Barat serta Afrika dan cuba menolak mereka melintasi sempadan.

Semalam, seorang komander kanan Wagner mendakwa tentera upahan daripada kumpulan itu sedang bersedia untuk berpindah ke Belarus. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya