Pesawat langgar hangar lapangan terbang, lima maut di Poland - Utusan Malaysia

Pesawat langgar hangar lapangan terbang, lima maut di Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland pada Isnin, lapor Xinhua.

Ketua Komandan Perkhidmatan Bomba Poland, Andrzej Bartkowiak, menerusi media sosial mengesahkan pesawat itu “melanggar hangar tempat orang berteduh,” di bandar Chrcynno.

Beliau berkata pesawat itu mendarat ketika cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.

Seorang juruterbang meninggal dunia, seorang lagi cedera, manakala juruterbang ketiga selamat, lapor Agensi Akhbar Poland memetik Monika Nowakowska-Brynda dari Perkhidmatan Bomba Negeri.

Mangsa lain terdiri mereka yang berlindung di hangar itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya