Perancis beri duit kepada rakyat baiki pakaian, kasut lama

Perancis beri duit kepada rakyat baiki pakaian, kasut lama

ORANG ramai melihat kasut yang dijual sempena Black Friday di Paris, Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mulai Oktober ini, kerajaan Perancis menawarkan insentif untuk menggalakkan orang ramai membaiki pakaian dan kasut mereka daripada membuangnya.

Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan 700,000 tan pakaian yang dibuang oleh rakyat negara itu setiap tahun selepas dua pertiga daripada jumlah berkenaan berakhir di tapak pelupusan sampah.

Perkara itu disahkan Setiausaha Ekologi, Berangere Couillard semasa lawatan ke premis hab fesyen La Caserne di Perancis.

“Mulai Oktober, pengguna akan menerima bayaran bonus dan sokongan untuk membaiki dan menggunakan semula pakaian dan kasut mereka,” kata Couillard.

Beliau turut menjemput semua bengkel jahitan dan pembuat kasut untuk menyertai sistem yang diusahakan oleh organisasi eko Refashion.

Di bawah skim itu, pelanggan boleh menuntut 7 euro (RM35.91) untuk membaiki tumit kasut dan 10 hingga 25 euro (RM51.30 hingga RM128) untuk pembaikan pakaian daripada dana berjumlah 154 juta euro (RM790 juta) yang ditubuhkan untuk menampung program berkenaan sehingga tahun 2028.

Menurut Refashion, lebih 3.3 bilion helai pakaian, kasut dan linen isi rumah yang dibaik pulih diletakkan di pasaran pada 2022 berikutan arahan kerajaan untuk menyokong industri yang lebih mampan.

“Matlamatnya adalah untuk menyokong mereka yang melakukan pembaikan,” kata Couillard, merujuk kepada bengkel jahitan dan jenama yang menawarkan perkhidmatan pembaikan.

Bantuan yang termasuk dalam bonus pembaikan perkakas rumah, itu merupakan sebahagian daripada pembaharuan besar sektor tekstil yang menjadi salah satu industri paling mencemarkan bumi.

Antara objektif lain termasuk memaksa jenama untuk mempunyai lebih banyak kebolehkesanan dan menyokong kewangan organisasi yang pakar dalam menggunakan semula dan mengitar semula pakaian.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya