Pensyarah terkejut penginapan Airbnb London rupanya tandas

Pensyarah terkejut penginapan Airbnb London rupanya tandas

KEADAAN tandas dengan katil di dalam ‘rumah’ yang ditempah David Holtz di Airbnb London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pensyarah universiti dari Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati bilik yang ditempah menerusi perkhidmatan hospitaliti dalam talian, Airbnb di London rupanya sebuah tandas dengan katil di dalamnya.

Pensyarah Universiti California, David Holtz berkongsi foto bilik penginapannya yang menunjukkan katil diletakkan di sebelah mangkuk tandas, pancuran mandian dan sinki.

Holtz mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan bilik berkenaan apabila melihat penyenaraian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

“Boleh bayangkan perasaan terkejut apabila anda tiba di bilik Airbnb anda dan menyedari bahawa keseluruhan ruang itu sebenarnya hanyalah bilik mandi yang besar di mana tuan rumah meletakkan katil di dalamnya,” tulis Holtz di laman Twitter.

Menurut Holtz, dia sudah membuat aduan dan beberapa kali bercakap dengan bahagian sokongan pelanggan namun pegawai di laman berkenaan seakan tidak berminat untuk membantunya menyelesaikan isu tersebut.

Ramai warga net yang melihat ciapan itu turut meluahkan rasa terkejut dan berjenaka di ruang komen melihat foto yang dikongsikan Holtz.

“Anda mempunyai semua yang diperlukan dalam jangkauan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Aplikasi tempahan hotel Safara turut meninggalkan komen malah menawarkan Holtz penginapan satu malam di hotel secara percuma.

Airbnb ketika dihubungi New York Post memaklumkan pasukan perkhidmatan pelanggannya sedang menyiasat isu berkenaan dan menggalakkan pengguna menyemak semua foto, penerangan serta ulasan sebelum menempah penginapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya