Pengemis terkaya dunia miliki aset lebih AS$1 juta

Pengemis terkaya dunia miliki aset lebih AS$1 juta

BHARAT Jain digelar pengemis terkaya dunia kerana memiliki aset berjumlah lebih RM4.5 juta.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki yang menghabiskan masanya setiap hari meminta sedekah dari orang ramai di sekitar kawasan jalan raya di Mumbai kini digelar sebagai ‘pengemis terkaya di dunia’ oleh media India berikutan hartanya yang dikatakan berjumlah lebih AS$1 juta (RM4.5 juta).

Ketika ramai yang perlu bekerja berjam-jam untuk mendapatkan beberapa ratus rupee, Bharat Jain dilaporkan mampu memperoleh antara 2,000 hingga 2,500 rupee (RM110 hingga RM137) setiap hari dengan meminta wang daripada mereka yang bermurah hati.

Jain dikatakan sering mengemis di sekitar lokasi yang sibuk seperti stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) atau Azad Maidan selama bertahun-tahun dan kini sudah mengumpul banyak aset kekayaan.

Lelaki itu dikatakan sudah memiliki apartment dua bilik tidur di Mumbai bernilai 1.2 crore (RM662,459) dan dua buah kedai di Thane yang disewakan dengan bayaran 30,000 rupee (RM1,654) sebulan.

Pendapatan bulanannya dianggarkan antara 60,000 hingga 75,000 rupee (RM3,309 hingga RM4,136), lebih tinggi daripada pendapatan kebanyakan rakyat India yang bekerja.

Menurut Economic Times, Jain tidak mampu menyambung persekolahan dan terpaksa mengemis untuk mencari nafkah.

Namun dia tidak membiarkan dua anak lelakinya mengikut jejak langkah yang sama apabila mereka dilaporkan sudah menamatkan pendidikan di sekolah dan kini berjaya mendapatkan pekerjaan.

Keluarga Jain sentiasa menasihatinya untuk berhenti mengemis kerana mereka sudah mampu hidup selesa tetapi dia masih tetap ingin terus berada di jalanan hampir setiap hari hingga namanya sering menjadi tajuk berita di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya