Penduduk Dominica paling banyak makan buah di dunia

Penduduk Dominica paling banyak makan buah-buahan di dunia

PENDUDUK Dominica paling banyak makan buah-buah di dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu data mendedahkan penduduk Dominica paling banyak makan buah-buahan berbanding rakyat negara lain di dunia.

Secara purata, penduduk di pulau Caribbean itu makan sebanyak 387.2 kilogram (kg) buah-buahan dalam tempoh setahun.

Jumlah itu bersamaan kira-kira 1,500 buah epal atau 2,500 pisang setiap satu.

Laporan itu dikeluarkan oleh laman saintifik Our World In Data yang mendedahkan negara paling banyak makan buah-buahan dengan menganalisis 195 negara.

Keputusan itu dikira dengan membahagikan jumlah berat buah yang dimakan oleh penduduk negara.

Lapor Daily Mail, Republik Dominica berada di tangga kedua dengan penduduk negara itu secara purata makan sebanyak 353.04 kg buah-buahan setahun.

Guyana menduduki tempat ketiga dengan mencatatkan pengambilan sebanyak 294.05kg buah-buahan setahun, diikuti Papua New Guinea (214.97kg setahun) serta Sao Tome dan Principe (200.98kg setahun).

Menurut data, penduduk United Kingdom (UK) makan sebanyak 86.4kg buah-buahan setahun, sekali gus meletakkan negara itu di tangga ke-65 dalam senarai berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) pula berada di tangga ke-51, dengan rakyat negara itu secara purata makan 93.8kg buah-buahan setahun.

Data menunjukkan penduduk Greece, Portugal dan Itali paling banyak makan buah di Eropah, dengan masing-masing negara mencatatkan pengambilan sebanyak 142kg, 130.5kg dan 129.9kg setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya