Pasport Singapura paling berkuasa di dunia, Malaysia ke-11

Pasport Singapura paling berkuasa di dunia, Malaysia ke-11

SINGAPURA menduduki tempat teratas dengan rakyat republik itu boleh mengunjungi 192 destinasi tanpa visa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Singapura kini menduduki tempat pertama dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia.

Buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, Jepun gagal mengungguli tempat teratas dalam senarai negara mempunyai pasport paling berkuasa di dunia.

Lapor Daily Mail, penilaian itu dibuat oleh Indeks Pasport Henley berdasarkan hasil data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata).

Ia menganalisis bilangan negara boleh dimasuki oleh pemegang pasport tanpa perlu memohon visa terlebih dahulu.

Dalam ranking terbaharu, pemegang pasport Singapura kini boleh mengembara ke 192 daripada 227 negara tanpa permohonan awal visa atau menerusi visa semasa ketibaan (VOA).

Jerman, Itali dan Sepanyol menduduki tempat kedua dengan rakyat negara itu mampu memasuki 190 destinasi tanpa visa.

Jepun bersama enam negara lain iaitu Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden berada di tangga ketiga dengan akses kepada 189 destinasi tanpa permohonan awal visa.

United Kingdom (UK), Denmark, Ireland dan Belanda di tempat keempat dengan rakyat negara berkenaan mampu memasuki 188 negara tanpa visa.

Belgium, Czech Republic, Malta, New Zealand, Norway, Portugal dan Switzerland berada di tangga kelima dengan akses ke 187 destinasi tanpa visa.

Sementara itu, Malaysia menduduki tempat ke-11 dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya