Parlimen Thailand undi PM baharu hari ini - Utusan Malaysia

Parlimen Thailand undi PM baharu hari ini

PITA Limjaroenrat (tengah) berjalan sambil melambai tangan kepada para penyokongnya di sebuah restoran di Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parlimen Thailand akan mengundi Perdana Menteri hari ini dengan pendahulu reformis, Pita Limjaroenrat dilihat berdepan kesukaran akibat halangan yang boleh membatalkan usahanya untuk menjawat jawatan itu.

Pita, pemimpin Parti Move Forward (MFP) akan berhadapan dengan parti-parti yang lebih hebat dan senator dilantik oleh junta yang melihat keazaman MFP untuk meminda undang-undang fitnah diraja yang ketat di Thailand.

Semalam, Pita berdepan ancaman penggantungan Parlimen serta kes rujukan di Mahkamah Perlembagaan terhadap tuduhan beliau dan partinya cuba menggulingkan pemerintahan beraja.

Walaupun MFP menang pada pilihan raya lalu dengan rakyat Thailand menolak kerajaan Jeneral Prayut Chan-o-cha yang merampas kuasa pada 2014, peluang parti itu untuk membentuk kerajaan dengan diketuai Pita kelihatan semakin tipis.

Beliau berdepan tentangan daripada 250 anggota blok yang dilantik tentera di Senat kerana desakan partinya untuk memperbaharui Seksyen 112 Kanun Jenayah Thailand yang melarang memfitnah atau menghina keluarga diraja.

Rancangannya untuk menggegarkan monopoli perniagaan yang berkuasa di negara itu juga mencetuskan kebimbangan.

Di sebalik siri halangan yang dihadapi itu, Pita berkata, beliau berada dalam ‘semangat yang baik’ dan proses undian diteruskan seperti yang dirancang.

Gabungan lapan parti Pita, termasuk Pheu Thai mempunyai 312 kerusi tetapi kurang daripada 376 yang diperlukan di kedua-dua dewan Parlimen untuk menuntut jawatan Perdana Menteri.

Selasa lalu, Perdana Mentera Sementara Prayut dari parti United Thai Nationnya menduduki tempat kelima dalam pilihan raya Mei lalu, sekali gus mengumumkan persaraannya daripada politik walaupun beliau akan kekal menjawat jawatan itu sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya