Parlimen Russia lulus rang undang-undang larang tukar jantina

Parlimen Russia lulus rang undang-undang larang tukar jantina

Sesi pengiraan undi pindaan rang undang-undang yang melarang penukaran jantina diadakan di Duma, Moscow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Ahli Parlimen Russia di Dewan Duma sebulat suara mengundi untuk meluluskan rang undang-undang yang melarang penukaran jantina di negara itu.

Tindakan itu bakal mendorong lagi sikap ultra-konservatif dan anti-Barat dalam kalangan masyarakat negara itu.

Dewan Duma dalam satu kenyataan memaklumkan semua ahli Parlimen mengundi untuk memperkenalkan undang-undang baharu yang melarang penukaran jantina di negara itu.

“Keputusan itu akan melindungi rakyat negara ini,” kata Speaker Dewan Duma, Vyacheslav Volodin menerusi kenyataan berasingan yang dimuat naik dalam media sosial.   

Volodin mendakwa trend penukaran jantina yang semakin berleluasa di Amerika Syarikat (AS), didapati akan mengheret ke arah kemerosotan negara. 

“Budaya seperti itu tidak boleh diterima dalam masyarakat negara ini.

“Atas sebab itu, rang undang-undang itu mendapat sokongan padu ahli Parlimen,” katanya.

Undang-undang baharu itu melarang pembedahan tukar jantina dengan pengecualian diberikan kepada kanak-kanak mengalami gangguan kongenital serta menghalang individu menukar jantina mereka dalam dokumen dikeluarkan kerajaan.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu perlu mendapat kelulusan dewan tertinggi Parlimen dan Presiden Vladimir Putin terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan.

Menurut Dewan Duma, undang-undang baharu itu akan memberi implikasi besar kepada golongan transgender di Russia.

“Warga Russia yang sudah tukar jantina akan dilarang daripada mengambil anak angkat, malah perkahwinan golongan itu juga terbatal,” jelasnya.  

Sementara itu, jurucakap Dmitry Peskov berkata, beberapa pihak menyuarakan kebimbangan mengenai rang undang-undang itu yang disifatkannya sebagai `agak keterlaluan’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya