Negara berperang, MP Ukraine sibuk bawa keluarga bercuti ke Maldives - Utusan Malaysia

Negara berperang, MP Ukraine sibuk bawa keluarga bercuti ke Maldives

YURIY ARISTOV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seorang ahli Parlimen Ukraine terpaksa meletak jawatan selepas didakwa memalsukan sijil cuti sakit semata-mata untuk membawa keluarganya bercuti ke sebuah hotel mewah di Maldives.

Menurut Daily Mail, Yuriy Aristov, 48, yang turut memegang jawatan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Pertahanan dan Perisikan Negara, terbang ke Poland untuk lawatan kerja pada 5 Jun hingga 22 Julai lalu.

Tetapi Aristov kemudian membuat permohonan cuti sakit palsu dari 10 hingga 19 Julai untuk singgah ke Hotel Waldorf Astoria yang bertaraf lima bintang di Pulau Ithaafushi.

Tindakan itu mendapat kritikan kerana terdapat larangan ke atas pegawai kerajaan meninggalkan Ukraine semasa peperangan berterusan dengan lelaki yang berumur 18 hingga 60 tahun memerlukan kebenaran khas untuk berbuat demikian.

Laporan berita tempatan turut mendedahkan, kes itu mencetus kemarahan dan tindak balas tegas daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam ucapannya pada Selasa lalu.

“Bagi sesetengah individu, tindakan itu melibatkan kesalahan pergi ke pulau dan pusat peranginan semasa perang, bagi yang lain ia mengenai isu kejujuran dalam jabatan tentera atau mengenai rasuah di mahkamah.

“Sebarang pengkhianatan dalaman atau mana-mana tindakan pengayaan peribadi yang bukan untuk kepentingan Ukraine pasti akan mencetuskan kemarahan,” kata Zelensky.

Biro Siasatan Negeri dilaporkan menggeledah kediaman Aristov Rabu lalu dan membuka kes siasatan atas tuduhan pemalsuan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya