Mayat kanak-kanak tanpa kepala, anggota badan ditemukan tepi pantai

Mayat kanak-kanak tanpa kepala, anggota badan ditemukan tepi pantai

PASUKAN polis memindahkan mayat kanak-kanak-tanpa kepala yang ditemukan di kawasan pantai Costa Dorada di Sepanyol kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Polis sedang menyiasat penemuan mayat kanak-kanak tanpa kepala yang terdampar di kawasan pantai di wilayah timur Tarragona di Sepanyol.

Mayat kanak-kanak yang dipercayai berusia antara dua dan tiga tahun itu ditemukan di kawasan tepi pantai berhampiran pusat peranginan Costa Dorada di bandar Roda de Berà.

Seorang anggota pembersihan majlis perbandaran menemukan mayat yang masih lengkap berpakaian itu dan memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum mereka segera menghubungi polis.

Mayat yang sudah hampir reput itu dipercayai dihanyutkan dari tengah laut ke pantai berkenaan kerana dilihat turut kehilangan beberapa anggota badan lain.

Pegawai Pengawal Awam terpaksa menutup sementara kawasan itu dan meminta penduduk tempatan serta pelancong untuk beriadah di lokasi lain sebelum hakim membenarkan pemindahan mayat dilakukan.

Datuk Bandar Roda de Berà, Pere Virgili berkata, kanak-kanak itu mungkin salah seorang penumpang bot pendatang yang terbalik di Mediterranean.

Difahamkan, beberapa orang pengunjung di pantai itu turut terlihat mayat berkenaan namun tidak menghubungi polis kerana menyangkankanya hanyalah cebisan anak patung berikutan keadan tubuhnya yang sudah mereput.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya