Mayat broker hartanah Jerman dikerat, disumbat dalam peti sejuk - Utusan Malaysia

Mayat broker hartanah Jerman dikerat, disumbat dalam peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mayat seorang broker hartanah Jerman ditemukan dalam keadaan mengerikan apabila kepala, anggota badan dan tubuhnya dikerat dan disumbat ke dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Chon Buri.

Hans Peter Mack, 62, dilaporkan hilang sejak 4 Julai lalu selepas isterinya seorang warga Thailand membuat laporan polis bahawa suaminya gagal pulang ke rumah selepas menghadiri mesyuarat perniagaan.

Mayat Mack ditemukan dalam plastik sampah dan disumbat ke dalam peti sejuk pada lewat Isnin.

Waran tangkap dikeluarkan ke atas tiga individu pada Selasa – dua rakyat Jerman dan seorang lelaki Pakistan yang memiliki kewarganegaraan Thailand dan didakwa bersubahat dalam kes kecurian dan pembunuhan.

Komander polis Nong Prue Chon Buri Pol Kol Thavee Kudtang berkata waran tangkap dikeluarkan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup.

Beliau berkata seorang daripada suspek dilihat duduk di belakang sebuah trak pikap, bersebelahan peti sejuk beku tempat mayat Mack ditemukan.

“Pegawai penyiasat membuat kesimpulan bahawa tiga suspek terlibat,” katanya.

Sementara itu, pegawai polis wilayah Chon Buri Pol Kol Santi Kornkasem berkata seorang daripada suspek menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Suspek menghubungi polis melalui peguamnya. Dia menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) hari ini,” katanya.

Polis turut menemui gergaji elektrik, tali, botol air minuman, soda dan bir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya