Mangsa tragedi Gua Tham Luang temui penyelamat

Mangsa tragedi Gua Tham Luang temui penyelamat selepas 5 tahun

ADUL Samon bergambar bersama Rick Stanton di majlis graduasi The Masters School. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang remaja yang pernah terperangkap dalam Gua Tham Luang sehingga mencetuskan misi menyelamat yang menjadi perhatian dunia, bertemu semula dengan salah seorang anggota penyelamatnya di sebuah majlis graduasi sekolah tinggi di Amerika Syarikat (AS).  

Lima tahun lalu, Adul Samon bersama 11 pemain bola sepak Wild Boars dan jurulatihnya berjaya diselamatkan dari gua terletak di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.    

Operasi menyelamat 12 pemain bola sepak remaja dan jurulatih mereka menjadi tumpuan dunia selepas terperangkap hampir tiga minggu dalam gua dinaiki air.

Misi menyelamat dilaksanakan selama 17 hari itu melibatkan kira-kira 10,000 anggota termasuk lebih 100 penyelam, sukarelawan, kakitangan perubatan, polis dan tentera. 

Adul yang mempunyai kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Burma dan Mandarin, ketika kejadian turut memainkan peranan penting menjadi jurubahasa kepada anggota penyelam dari Britain, Rick Stanton.

Lapor ABC News, pengacara World News Tonight, David Muir berkongsi perkembangan terkini mengenai Adul selepas lima tahun tragedi Tham Luang dan kisah inspirasi remaja itu dalam menamatkan persekolahan.

Dengan memperoleh biasiswa penuh, Adul belajar di The Masters School di bandar New York sejak tahun 2020, malah turut menjadi kapten pasukan bola sepak sekolah itu.

Menurut Adul, pihak sekolah banyak membantunya mengajar cara mengatasi cabaran pada masa hadapan.

Pada majlis graduasi itu, Staton hadir dan memberikan ucapan pembukaan majlis.

Malah, anggota penyelamat itu turut berada di atas pentas bersama Adul ketika dia menerima sijil persekolahan tinggi.  

“Saya berasa amat bangga dapat menjadi sebahagian hidup remaja itu dan melihat dia mencapai kejayaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya