Mahkamah gantung keahlian Parlimen calon PM Thailand - Utusan Malaysia

Mahkamah gantung keahlian Parlimen calon PM Thailand

PITA LIMJAROENRAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini selepas menerima kes terhadapnya yang mendakwa dia tidak layak bertanding dalam pilihan raya 14 Mei lalu.

Pita, yang sepatutnya bertanding dalam undi Parlimen untuk jawatan Perdana Menteri hari ini, berhujah pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat media itu tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Dia mempunyai 15 hari untuk menjawab, kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Parti Move Forward dipimpin Pita yang memenangi pilihan raya, berkata penggantungan itu tidak sepatutnya menjejaskan pencalonan Pita untuk undi Perdana Menteri, yang mana ahli politik saingan cuba menghalangnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya