'Mabuk cendawan' punca Setiausaha Perbendaharaan AS tunduk hormat banyak kali

‘Mabuk cendawan’ punca Setiausaha Perbendaharaan AS tunduk hormat banyak kali

JANET Yellen (kiri) berjabat tangan dengan He Lifeng semasa pertemuan di Guesthouse Diaoyutai di Beijing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sejenis cendawan yang memberikan pengalaman halusinogen atau menyebabkan halusinasi didakwa mungkin menjadi punca Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen tunduk hormat beberapa kali ketika bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng.

Sumber mendakwa Yellen bertindak demikian selepas memesan empat hidangan cendawan tersebut dalam satu majlis makan malam diadakan, kira-kira tiga hari sebelum pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu.

Lapor Daily Mail, cendawan Jian shou qing merupakan sebahagian menu tradisional yang dihidangkan kepada Yellen di restoran Yi Zua Yi Wang di Beijing pada 6 Julai lalu.

Cendawan itu dikatakan memiliki ciri psychedelic atau boleh mengkhayalkan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna.

Yellen, 76, dikecam hebat oleh pemimpin Republikan kerana tunduk hormat beberapa kali kepada He Lifeng dalam satu pertemuan pada 9 Julai lalu, tiga hari selepas majlis makan malam itu.

Sumber mendakwa tingkah laku pelik pemimpin itu mungkin disebabkan oleh hidangan cendawan yang dinikmati Yellen.

Bagaimanapun, pihak pengurusan restoran mendakwa hidangan cendawan itu dimasak dengan betul.

“Pekerja kami memaklumkan pemimpin AS itu amat menggemari cendawan, malah beliau juga memesan empat hidangan jian shou qing,” kata pihak restoran di laman Weibo.

Hidangan dijamu oleh Yellen menjadi tular di media sosial selain mencetuskan perdebatan dan pelbagai reaksi mengenai ciri dimiliki cendawan tersebut.

Aksi Yellen tunduk hormat berkali-kali kepada He Lifeng dikritik kerana dikatakan menunjukkan kelemahan pihak AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya