Logo burung Twitter digantikan dengan lambang X - Utusan Malaysia

Logo burung Twitter digantikan dengan lambang X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hartawan terkemuka, Elon Musk mengumumkan logo burung ikonik Twitter digantikan dengan lambang X, dalam siri perubahan terbaharu platform media sosial berkenaan di bawah pengawasannya.

Musk dilaporkan sudah menukar nama perniagaan itu kepada X Holding Corp pada April lalu dalam usaha merealisasikan visinya mencipta aplikasi yang mampu melaksanakan fungsi media sosial dan pembayaran sama seperti WeChat di China.

“X.com kini merujuk kepada twitter.com. Logo interim X dilancarkan selepas menerima reka bentuk sesuai.

“Dan tidak lama lagi kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama Twitter secara beransur-ansur bersama semua burung,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Lapor The Guardian, Ketua Eksekutif Tesla itu menjelaskan alasannya menukar simbol itu adalah untuk menjelmakan ketidaksempurnaan dalam diri yang menjadikan setiap individu itu unik.

Musk turut menyiarkan foto dirinya membuat simbol berkenaan dengan tangan bersilang di hadapan poster kereta Tesla Model X.

“Tidak pasti apa petunjuk halus yang diberikan, tetapi saya suka huruf X,” jelasnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Ketua eksekutif Twitter, Linda Yaccarino turut mengesahkan pelancaran jenama X Ahad lalu yang meliputi audio, video, pemesejan, pembayaran dan perbankan selain bakal menjadi platform pasaran global untuk idea, barangan serta perkhidmatan.

“Twitter mencipta satu tanggapan besar dan mengubah cara kita berkomunikasi. Sekarang, jenama X akan pergi lebih jauh, mengubah dataran bandar global. X akan menjadi platform yang boleh menyampaikan apa sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya