Lif terlebih muatan jatuh, tujuh maut di Lampung - Utusan Malaysia

Lif terlebih muatan jatuh, tujuh maut di Lampung

ANGGOTA polis menunjukkan lokasi kejadian yang menyaksikan lif jatuh sehingga mengorbankan tujuh pekerja penyelenggaran bangunan di Lampung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan dua cedera parah apabila lif yang mereka naiki terjatuh dari tingkat lima dalam kejadian di sebuah sekolah di Lampung.

Ketua Polis Lampung, Dennis Arya Putra mengesahkan insiden itu dan memaklumkan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, lif itu dinaiki sembilan pekerja penyelenggaran bangunan sambil membawa peralatan berat di Sekolah Islam Bersepadu di Panjaitan.

“Kesembilan pekerja itu menaiki lif barang untuk turun dari tingkat lima dan disebabkan terlebih muatan, lif itu jatuh dan terhempas ke bawah.

“Seramai tujuh maut dan dua lagi mengalami cedera parah dan kini menerima rawatan di sebuah hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Dennis memaklumkan, siasatan lanjut masih berjalan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya