Letupan bom di Myanmar: Seorang maut, 12 cedera

Letupan bom di Myanmar: Seorang maut, 12 cedera

LOKASI kejadian letupan berhampiran pusat pemeriksaan jambatan Thanlwin di negeri Karen. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Seorang maut manakala 12 lagi cedera dalam insiden letupan bom di tenggara Myanmar, hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 6.50 pagi (waktu tempatan) apabila sebuah kenderaan meletup berhampiran pusat pemeriksaan jambatan Thanlwin.

Menurut pegawai Majlis Pentadbiran negeri Karen, mangsa yang cedera terdiri daripada penumpang kenderaan dan anggota keselamatan.

“Seorang mangsa meninggal dunia akibat kecederaan selepas tiba di hospital,” katanya.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai insiden letupan itu didedahkan.

Malah, tiada pihak mengaku melakukan serangan tersebut, meskipun tentera junta kini berusaha memerangi beberapa kumpulan pemberontak etnik.

Dilaporkan, pertempuran ganas meningkat sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa pada Februari 2021.

Malah, tentera melancarkan tindakan keras terhadap individu yang menentang pemerintahan junta sehingga mengakibatkan ribuan orang maut.

Junta juga berusaha memerangi kumpulan anti-rampasan kuasa yang dikenali sebagai `Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF)’ serta tentera pemberontak etnik yang sudah sekian lama ditubuhkan dan menguasai sebahagian besar kawasan wilayah berhampiran sempadan negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya