Lelaki serang tadika di China, enam maut - Utusan Malaysia

Lelaki serang tadika di China, enam maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Enam orang terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan di sebuah tadika di wilayah Guangdong, selatan China hari ini.

Berikutan itu pihak berkuasa menahan seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki menyerang dengan menikam mangsa.

Suspek dengan nama keluarga Wu dan dipercayai dari Lianjiang, sudah ditahan, kata polis sambil memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan .

Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini. Insiden itu menarik perbincangan hangat di Weibo, platform media sosial popular dengan 130 juta tontonan setakat pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan) hari ini.

Sementara itu, menurut jurucakap kerajaan bandar, mangsa terkorban membabitkan seorang guru, dua ibu bapa dan tiga pelajar.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai identiti dan umur mangsa, mahupun senjata yang digunakan dalam serangan itu, yang berlaku di bandar Lianjiang.

“Seorang suspek sudah ditahan,” katanya sambil menambah siasatan polis sedang dijalankan.

Insiden itu berlaku sekitar 7.40 pagi (waktu tempatan), lapor China News Network yang disokong kerajaan.

China melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api dan terdapat beberapa insiden tikaman dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Serangan maut yang secara khusus menyasarkan sekolah berlaku di seluruh negara, mendorong pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di sekitar sekolah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya