Lebih ramai penduduk mati daripada dilahirkan di Jepun

Lebih ramai penduduk mati daripada dilahirkan di Jepun

POPULASI Jepun dilaporkan semakin berkurangan sejak 14 tahun lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Semua 47 wilayah di Jepun dilaporkan mengalami penurunan populasi pada tahun lalu.

Malah, jumlah populasi negara itu menurun kepada 122.4 juta, iaitu jatuh hampir 800,000 berbanding tahun sebelumnya.

Data dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Jepun menunjukkan dua rekod baharu yang membimbangkan bagi sebuah negara maju ke arah wilayah demografi yang belum dipetakan.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyifatkan trend itu sebagai krisis dan berjanji untuk menangani situasi berkenaan.

Namun dasar negara setakat ini gagal menangani isu penurunan populasi walaupun usaha bersepadu dilaksanakan oleh bandar kecil sudah memberi sedikit kesan.

Data baharu menunjukkan kematian mencecah rekod tertinggi iaitu lebih 1.56 juta, manakala hanya terdapat 771,000 kelahiran dicatatkan di Jepun pada 2022.

Buat pertama kali bilangan bayi baru dilahirkan menurun di bawah 800,000 sejak rekod bermula.

Bilangan warga asing yang menetap di Jepun adalah sebanyak 2.99 juta orang, meningkat 10.7 peratus berbanding setahun lalu.

Termasuk penduduk asing, Jepun kini mempunyai jumlah penduduk sebanyak 125.4 juta orang, penurunan kira-kira 511,000 berbanding tahun sebelumnya.

Ini bermakna populasi negara itu semakin berkurangan sejak 14 tahun lalu.

Jepun mengalami masyarakat menua lebih cepat berbanding negara perindustrian yang lain.

Malah, golongan populasi itu menjejaskan hampir setiap aspek masyarakat.

Lebih separuh daripada semua wilayah ditetapkan sebagai kawasan mempunyai populasi penduduk rendah.

Banyak sekolah terpaksa ditutup dan lebih 1.2 juta perniagaan kecil diusahakan oleh pemilik warga emas berusia 70 tahun tanpa pengganti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya